top of page

MEMBERSHIP

KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

 

  • Ahli Gabungan

Terdiri dari kelab – kelab sukan Sofbol yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi serta diundi.

 

  • Ahli Individu

Terdiri daripada ahli-ahli individu yang tidak melebihi lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan dan boleh mengundi dan diundi.

 

  • Ahli Bersekutu

Terdiri dari persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan Sofbol dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang dan boleh mengundi dan diundi.

 

  • Ahli Kehormat

Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

 

 

 

YURAN KEAHLIAN

Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :-

Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Jun tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi serta segala hak keistimewaan ahli akan dibatalkan.

 

Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh dua (2) tahun menyebabkan keahliannya terbatal.

Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM50.00. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

 

 

 

PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

Cara pendaftaran untuk menjadi ahli persatuan dan pembayaran yuran, sila berhubung dengan ahli-ahli jawatankuasa persatuan melalui email kami di pswpkl2010@gmail.com.

 

 

 

PERMOHONAN MENJADI AHLI

Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi boring dan dikemukakan kepada Setiausaha. Keputusan untuk terima menjadi ahli mesti ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi sekiranya cukup korum atau oleh Mesyuarat Agung.

 

Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak oleh Jawatankuasa Tertinggi atau Mesyuarat Agung, notis yang mengandungi sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon.

 

 

 

KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

Tiap-tiap ahli Persatuan dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Persatuan ini.

 

Setiap ahli Persatuan berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan Persatuan sekali sahaja semasa pendaftaran.

 

Mengakui dan bersetuju:

  • Semua peraturan dan undang-undang termasuk perlembagaan badan sukan ini, peraturan-peraturan kecil, amalan terbaik dan Akta berkaitan diterimapakai dan mereka tertakluk dan terikat kepadanya.

  • matuhi dan mengikuti segala keputusan, ketetapan, peraturan, amalan terbaik

  • dan undang-undang berkaitan yang dibuat oleh jawatankuasa-jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Induk atau pengurusan badan sukan sendiri, badan penyelarasan dan badan pemantauan peringkat Malaysia dan antarabangsa, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Me

  • Mereka tertakluk kepada bidang kuasa badan sukan.

  • Segala peraturan dan undang-undang berkaitan adalah perlu untuk mencapai matlamat dan objektif badan sukan.

 

Semua ahli berhak menggunakan kemudahan dan premis badan sukan melalui kaedah yang ditetapkan.

 

© 2015 - CURRENT SAKL. All rights reserved.

  • Facebook
bottom of page