top of page

ABOUT US

DEFINISI LOGO

  • Seorang pemain – menggambarkan seorang penyandang atau pembaling utama dalam permainana ini. 

  • Segi Empat – menggambarkan gelanggang permainan sofbol yang dipanggil “Diamond”.

  • Bulatan – menggambarkan alatan permainan sofbol yang dipanggil “Base” 

  • Definasi warna – Biru melambangkan perpaduan wargakota Kuala Lumpur. Merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya. Kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya Kuala Lumpur.

       Objective/ Objektif :

  • To promote, encourage and develop softball sports in the state of KUALA LUMPUR. / Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Sofbol di negeri KUALA LUMPUR.

  • To plan and cultivate athletes, officials, coaches and scout for new talent./ Untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, ,jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru.

  • To select athletes to represent the state KUALA LUMPUR in any Softball sports competition in national level./ Untuk memilih atlet bagi mewakili negeri KUALA LUMPUR dalam mana-mana pertandingan sukan Sofbol peringkat kebangsaan.

  • To represent the state of KUALA LUMPUR in the recognized governing body for Softball sports./ Mewakili negeri KUALA LUMPUR dalam badan pengelola yang diiktiraf bagi mewakili sukan Sofbol.

 

       Function/ Fungsi:

  • Bertindak sebagai badan sukan negeri yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan di negeri KUALA LUMPUR.

  • Bertindak sebagai badan perwakilan negeri bagi sukan Sofbol yang mengurus, menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang sukan di negeri KUALA LUMPUR melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukkan oleh badan pemantauan tertinggi kebangsaan termasuk urusan pengiktirafan, penggantungan dan pembatalan keahlian.

  • Mempromosi dan mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan Sofbol dikalangan ahli yang terbabit.

  • Mengendali kursus dan latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan.

  • Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan Sofbol diperingkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Menyelesaikan isu-isu dan konflik yang dirujuk melibatkan ahli termasuk ahli gabungan dan ahli-ahli badan sukan.

  • Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan badan pengelola 3 dan pengawalseliaan bagi sukan Sofbol.

  • Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili negeri KUALA LUMPUR dalam sukan Sofbol adalah terbuka dan adil.

  • Untuk memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan Perlembagaan ini dan peraturan-peraturan dibawahnya.

  • Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.

  • Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.

  • Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

  • Semua wang keuntungan yang diperolehi oleh Persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau keduaduanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.

  • Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.

 

 

© 2015 - CURRENT SAKL. All rights reserved.

  • Facebook
bottom of page